Friday, 23 September 2011

Hudud datang lagi... Tahniah Nik Aziz!

Riuh pulak bab hudud. UMNO bagai dapat peluru recycle untuk tembak Pakatan Rakyat apabila cuba melagakan TG Nik Aziz dengan Karpal Singh.

Apa itu hukum hudud? Kenapa UMNO takut sangat dengan hudud? Kenapa Karpal secara konsisten menentang perlaksanaan hudud?

Dalam Islam, ada beberapa kategori syariat yang disusun oleh ulama berlandaskan al-Quran dan Sunnah antaranya adalah Aqidah (kepercayaan kepada Allah), Muamalah (Sistem pergaulan dan ekonomi), Siyasah (Politik dan pemerintahan), Munakahah (nikah kawin dan kekeluargaan)dan Jinayah (sistem perundangan dan hukuman). Secara ringkas, mari wa terang sikit pasal hudud:

1) Hukum Hudud adalah salah satu hukum dalam pensyariatan Islam, dalam cabang Jinayah. termasuk dalam cabang Jinayah adalah hukum Qisas (bunuh balas kepada pembunuh).

2) Hukum Hudud disyariatkan bagi menjaga keamanan komuniti, masyarakat dan negara umat Islam. Hukum hudud dan hukum qisas bertujuan menjaga Agama, Akal, Keturunan, Nyawa dan Harta manusia.

3) Menjaga Agama (Hukuman ke atas orang Murtad) - Menjaga Akal (hukuman kepada kesalahan meminum arak dan seumpamanya) - Menjaga keturunan (hukuman terhadap kes Zina dan liwat) - Menjaga Nyawa (hukuman Qisas - bunuh balas) - Menjaga Harta (hukuman terhadap pencuri, perompak)

4)Asasnya, hukuman-hukuman ini adalah untuk mencegah daripada jenayah itu berlaku, kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.Sistem pencegahan jenayah terbukti berkesan dengan perlaksanaan hudud pada masa silam, dan beberapa buah negara pada masa ini.

5) Hukum hudud bukanlah hukuman semberono tanpa sebarang justifikasi. Bukan sebarang kesalahan akan dikenakan hukuman, dan syarat-syarat kes hudud adalah sangat ketat. Oleh itu perlaksanaan hudud adalah terikat dengan ungkapan "Lebih baik tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum"

Perlaksanaan Hudud dipertikai oleh UMNO dan Karpal Singh. Mungkin mereka adalah dari satu aliran, cuma berbeza ideologi, yakni aliran menentang hukum Allah.UMNO dan Karpal mempertikai apakah perlaksanaan hudud akan menimbulkan jurang antara Muslim dengan non-Muslim. Apakah akan ada dua undang-undang yang berbeza - hudud dan sivil masing-masing untuk Muslim dan non-Muslim.

6) UMNO mempertikai apakah ia adil untuk orang Islam, kerana terpaksa dihukum hudud yg bagi mereka kejam (?), sedangkan orang bukan Islam, pada kesalahan yang sama hukuman sivilnya lebih ringan?

7) Ceteknya ilmu dan keimanan orang UMNO terhadap perintah Allah. Bukankah orang-orang beriman itu apabila disuruh oleh Allah mereka akan menjawab "kami dengar dan kami taat"?

8) Wa boleh bagi sedikit tips untuk malaon-malaon UMNO yang degil untuk faham. Jika jenayah  Muslim sesama Muslim - maka hukumannya hudud. Jika Muslim melakukan kesalahan hudud kepada non-Muslim, maka hukumannya hudud. Jika non-Muslim melakukan jenayah hudud kepada Muslim, maka hukumannya hudud. Jika non-muslim sesama non-Muslim, maka hukumannya sivil (jika sistem sivil masih mahu dilaksanakan)

9) Contohnya: Dalam keadaan negara aman, makmur, tiada kebuluran, harmoni, tiba-tiba:

a- Saiful Bukhari mencuri wang tunai sebanyak RM300 ribu kepunyaan Najib. Saiful Bukhari akan dikenakan hudud, tangannya akan dipotong, setelah disahkan bersalah tanpa sebarang keraguan.

b- Raheem Tambee mencuri kereta jenis toyota camry Ong Tee Keat dan menjual enjinnya. Raheem Tambee akan dikenakan hudud, tangannya akan dipotong, setelah disahkan bersalah tanpa sebarang keraguan.

c- Chua Soy Leck didapati bersalah berzina dengan seorang gadis sunti, Nor Rosmah, suka sama suka. Cukup 4 saksi, tanpa perlu video seks, Chua akan dihukun hudud rejam sampai mati, Nor Rosmah akan disebat 100 sebatan.

d- Koh Su Kun didapati bersalah mencuri motorsikal Chin Peng dan menjualnya kepada Gobala. Koh dikenakan hukuman sivil, penjara atau bayaran atau kedua-duanya sekali.

Daripada contoh2 situasi yang wa reka ni, sudah pasti hukuman hudud akan menjami keselamatan umat Islam. Orang Islam tidak akan berani melakukan jenayah samada sesama Islam atau pun terhadap orang bukan Islam. Orang bukan Islam pula tidak berani untuk melakukan jenayah terhadap orang Islam. Maka menjadi orang Islam adalah langkah yang selamat kepada rakyat, keselamatannya terjamin. Apakah ini yang UMNO kata tak adil??

Adapun orang bukan Islam akan melihat bahawa hukum hudud menjadi perisai keselamatan kepada orang Islam, mungkin suatu hari nanti, mereka sendiri yang mahu hukuman hudud dilaksanakan kepada bukan Islam juga sebagai ganti kepada hukuma sivil.


Soalnya, kenapa UMNO takut? kenapa Karpal degil?

Wa punya teori, UMNO takut hudud kerana mereka sendiri selalu melakukan kesalahan hudud! Karpal pula takut dengan hukuman hudud sebab bimbang periuk nasiknya sebagai peguam sivil terganggu. Nanti orang tak pegi dah syarikat guaman dia dan anak2nya, orang akan berali kepada hukuman syariah seluruhnya. habes laa periuk nasik... kah kah kah


Hukuman hudu bukanlah untuk memotong tangan orang yang tidak melakukan kesalahan mencuri. Jadi hanya orang yang mencuri sahaja yang takot dengan hudud. Kalau tak mencuri, kenapa takut???

Bayangkan lu ibu dan isetri lu orang diragut. habis beg tangan dan barang kemas di ragut. depan mata lu orang.. apa yg lu orang pikir masa tu? tentu lu nak tangkap dan belasah kan? malah tentu ada yang pikir nak cincang je pencuri itu.

Islam adalah agama yang adil. membawa hukuman yang adil. hudud adalah penyelesaian kepada kesalahan si pencuri dan kemarahan mangsa curi.

mencuri adalah salah. mencincang si pencuri juga salah. jadi hukum hudud yg ditetapkan adalah memotong tangan si pencuri. Si mangsa akan puas hati, nyawa si pencuri juga selamat.

Yang sekarang ini, si pencuri hanya dikenakan penjara. sakit hati si mangsa curi tidak akan reda. bila si pencuri ini bebas, mungkin dia akan mencuri lagi, ataupun jika tidak bernasib baik, dia akan dicincang oleh mangsa. maka si mangsa curi pula akan disabit kesalahan membunuh pula. rantaian jenayah akan berterusan.

Allah maha tahu sifat dan perasaan manusia, maka dia lah yang selayaknya meletakkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan tersebut.

Sekian saja kali ini,
Xie Xie ni!

No comments:

Post a Comment