Monday 28 March 2011

Palitan politik lucah dalam sejarah politik Malaya

Politik lucah sudah menjadi trend dalam negara Malaysia akhir-akhir ini. Parti pemerintah dalam usaha mengekalkan kuasa lapuknya berhabis-habisan mahu membenam musuh besarnya, seorang individu bernama Anwar Ibrahim. Asalkan Anwar Ibrahim berjaya dibenam, matlamat menghalalkan cara. Lucah pun lucah lah. Fitnah pun fitnahlah. Jika usaha-usaha memburukkan imej Anwar Ibrahim gagal, tidak mustahil usaha membunuh  Anwar akan dijustifikasi.

Trend politik bangsat ini sedang memalitkan satu catatan sejarah yang kotor dan jijik dalam perjalanan politik negara. Negara yang mengaku agama Islam sebagai agama rasmi tidak mengendahkan amaran-amaran agama Islam terhadap kebangsatan jenayah fitnah dan qazaf. Fitnah dan qazaf kelas tinggi sedang diamalkan oleh para pemimpin negara demi menyelamatkan kuasa yang semakin rapuh. Mereka buta dan tuli terhadap amaran Allah.

Qazaf adalah kesalahan jenayah berat dalam Islam. Hukuman pesalahanya adalah hudud Allah - membawa kepada 80 kali sebatan dan ditolak kesaksiannya selama-lamanya.

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik" ( An-Nur : 4)

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.


Orang yangmenuduh seseorang berzina/meliwat wajib mengemukakan empat saksi yang adil. Jika tidak dapat membawa empat saksi maka wajib dikenakan atasnya hukuman hudud 80 sebatan, dan ditolak segala kesaksiannya dalam apa jua kes termasuk juga ditolak untuk dia menjadi saksi nikah.

Termasuk juga orang yang turut dikenakan hukum hudud 80 sebatan dan ditolak kesaksian selama-lamanya adalah orang yang hanya menyambung cerita atau menyebar tududh fitnah yang dibuat oleh orang lain - tanpa dia membawa 4 orang saksi yang adil.

Tanpa membawa 4 saksi yang adil, jika A membuat fitnah seks/zina/liwat - B pula menjaja berita dari A, C pula membawa berita yg diperoleh dari B... maka A, B,C dan sesiapa yang membawa cerita itu akan dikenakan hudud 80 sebatan. Sila rujuk Kes fitnah terhadap Saidatina Aishah r.a. Semua penyebar fitnah dikenakan hukuman qazaf, kecuali Abdullah bin Ubai bin Salul, kerana dia sudah dijanjikan azab yang lebih dahsyat di akhirat.

Ayuhlah generasi muda politik negara, buanglah amalan politik jijik. Kita berpolitik kerana mahu menjadi hamba-Nya. bukan mencari murka-Nya. Jangan sampai bala Allah melenyapkan generasi anda!