Friday 23 September 2011

Hudud datang lagi... Tahniah Nik Aziz!

Riuh pulak bab hudud. UMNO bagai dapat peluru recycle untuk tembak Pakatan Rakyat apabila cuba melagakan TG Nik Aziz dengan Karpal Singh.

Apa itu hukum hudud? Kenapa UMNO takut sangat dengan hudud? Kenapa Karpal secara konsisten menentang perlaksanaan hudud?

Dalam Islam, ada beberapa kategori syariat yang disusun oleh ulama berlandaskan al-Quran dan Sunnah antaranya adalah Aqidah (kepercayaan kepada Allah), Muamalah (Sistem pergaulan dan ekonomi), Siyasah (Politik dan pemerintahan), Munakahah (nikah kawin dan kekeluargaan)dan Jinayah (sistem perundangan dan hukuman). Secara ringkas, mari wa terang sikit pasal hudud:

1) Hukum Hudud adalah salah satu hukum dalam pensyariatan Islam, dalam cabang Jinayah. termasuk dalam cabang Jinayah adalah hukum Qisas (bunuh balas kepada pembunuh).

2) Hukum Hudud disyariatkan bagi menjaga keamanan komuniti, masyarakat dan negara umat Islam. Hukum hudud dan hukum qisas bertujuan menjaga Agama, Akal, Keturunan, Nyawa dan Harta manusia.

3) Menjaga Agama (Hukuman ke atas orang Murtad) - Menjaga Akal (hukuman kepada kesalahan meminum arak dan seumpamanya) - Menjaga keturunan (hukuman terhadap kes Zina dan liwat) - Menjaga Nyawa (hukuman Qisas - bunuh balas) - Menjaga Harta (hukuman terhadap pencuri, perompak)

4)Asasnya, hukuman-hukuman ini adalah untuk mencegah daripada jenayah itu berlaku, kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.Sistem pencegahan jenayah terbukti berkesan dengan perlaksanaan hudud pada masa silam, dan beberapa buah negara pada masa ini.

5) Hukum hudud bukanlah hukuman semberono tanpa sebarang justifikasi. Bukan sebarang kesalahan akan dikenakan hukuman, dan syarat-syarat kes hudud adalah sangat ketat. Oleh itu perlaksanaan hudud adalah terikat dengan ungkapan "Lebih baik tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum"

Perlaksanaan Hudud dipertikai oleh UMNO dan Karpal Singh. Mungkin mereka adalah dari satu aliran, cuma berbeza ideologi, yakni aliran menentang hukum Allah.UMNO dan Karpal mempertikai apakah perlaksanaan hudud akan menimbulkan jurang antara Muslim dengan non-Muslim. Apakah akan ada dua undang-undang yang berbeza - hudud dan sivil masing-masing untuk Muslim dan non-Muslim.

6) UMNO mempertikai apakah ia adil untuk orang Islam, kerana terpaksa dihukum hudud yg bagi mereka kejam (?), sedangkan orang bukan Islam, pada kesalahan yang sama hukuman sivilnya lebih ringan?

7) Ceteknya ilmu dan keimanan orang UMNO terhadap perintah Allah. Bukankah orang-orang beriman itu apabila disuruh oleh Allah mereka akan menjawab "kami dengar dan kami taat"?

8) Wa boleh bagi sedikit tips untuk malaon-malaon UMNO yang degil untuk faham. Jika jenayah  Muslim sesama Muslim - maka hukumannya hudud. Jika Muslim melakukan kesalahan hudud kepada non-Muslim, maka hukumannya hudud. Jika non-Muslim melakukan jenayah hudud kepada Muslim, maka hukumannya hudud. Jika non-muslim sesama non-Muslim, maka hukumannya sivil (jika sistem sivil masih mahu dilaksanakan)

9) Contohnya: Dalam keadaan negara aman, makmur, tiada kebuluran, harmoni, tiba-tiba:

a- Saiful Bukhari mencuri wang tunai sebanyak RM300 ribu kepunyaan Najib. Saiful Bukhari akan dikenakan hudud, tangannya akan dipotong, setelah disahkan bersalah tanpa sebarang keraguan.

b- Raheem Tambee mencuri kereta jenis toyota camry Ong Tee Keat dan menjual enjinnya. Raheem Tambee akan dikenakan hudud, tangannya akan dipotong, setelah disahkan bersalah tanpa sebarang keraguan.

c- Chua Soy Leck didapati bersalah berzina dengan seorang gadis sunti, Nor Rosmah, suka sama suka. Cukup 4 saksi, tanpa perlu video seks, Chua akan dihukun hudud rejam sampai mati, Nor Rosmah akan disebat 100 sebatan.

d- Koh Su Kun didapati bersalah mencuri motorsikal Chin Peng dan menjualnya kepada Gobala. Koh dikenakan hukuman sivil, penjara atau bayaran atau kedua-duanya sekali.

Daripada contoh2 situasi yang wa reka ni, sudah pasti hukuman hudud akan menjami keselamatan umat Islam. Orang Islam tidak akan berani melakukan jenayah samada sesama Islam atau pun terhadap orang bukan Islam. Orang bukan Islam pula tidak berani untuk melakukan jenayah terhadap orang Islam. Maka menjadi orang Islam adalah langkah yang selamat kepada rakyat, keselamatannya terjamin. Apakah ini yang UMNO kata tak adil??

Adapun orang bukan Islam akan melihat bahawa hukum hudud menjadi perisai keselamatan kepada orang Islam, mungkin suatu hari nanti, mereka sendiri yang mahu hukuman hudud dilaksanakan kepada bukan Islam juga sebagai ganti kepada hukuma sivil.


Soalnya, kenapa UMNO takut? kenapa Karpal degil?

Wa punya teori, UMNO takut hudud kerana mereka sendiri selalu melakukan kesalahan hudud! Karpal pula takut dengan hukuman hudud sebab bimbang periuk nasiknya sebagai peguam sivil terganggu. Nanti orang tak pegi dah syarikat guaman dia dan anak2nya, orang akan berali kepada hukuman syariah seluruhnya. habes laa periuk nasik... kah kah kah


Hukuman hudu bukanlah untuk memotong tangan orang yang tidak melakukan kesalahan mencuri. Jadi hanya orang yang mencuri sahaja yang takot dengan hudud. Kalau tak mencuri, kenapa takut???

Bayangkan lu ibu dan isetri lu orang diragut. habis beg tangan dan barang kemas di ragut. depan mata lu orang.. apa yg lu orang pikir masa tu? tentu lu nak tangkap dan belasah kan? malah tentu ada yang pikir nak cincang je pencuri itu.

Islam adalah agama yang adil. membawa hukuman yang adil. hudud adalah penyelesaian kepada kesalahan si pencuri dan kemarahan mangsa curi.

mencuri adalah salah. mencincang si pencuri juga salah. jadi hukum hudud yg ditetapkan adalah memotong tangan si pencuri. Si mangsa akan puas hati, nyawa si pencuri juga selamat.

Yang sekarang ini, si pencuri hanya dikenakan penjara. sakit hati si mangsa curi tidak akan reda. bila si pencuri ini bebas, mungkin dia akan mencuri lagi, ataupun jika tidak bernasib baik, dia akan dicincang oleh mangsa. maka si mangsa curi pula akan disabit kesalahan membunuh pula. rantaian jenayah akan berterusan.

Allah maha tahu sifat dan perasaan manusia, maka dia lah yang selayaknya meletakkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan tersebut.

Sekian saja kali ini,
Xie Xie ni!

Saturday 10 September 2011

Communism and Capitalism - both are the bloody cruel ideology!

For the first, let us see, that the Communism and Capitalism came from the same root - Darwinism, which brought the hell to the world!
Many of Malaysian people seem to be out of dated or maybe kindly called blindly ignorance about the hell of either communism or capitalism both. Both of these ideology supposed to be good economic system which embraced by world major countries. The race of both system to dominate the world resulted to the forming of two different economy-block among the countries.

I dun want to preach about what the hell are those communism and capitalism. It already described in each philosophy in their own view. But over than that, let's us open our eyes, that both of the economic system, communism or capitalism, both are cruel and suppressing peoples' freedom.

The term capitalism means the sovereignty of capital, a free and unrestricted economic system totally based on profit and where society is in competition within these criteria. There are three important elements in capitalism: individualism, competition, and profit-making.

Individualism is important because people see themselves not as a part of society, but as "individuals" standing alone on their own two feet. "Capitalist society" is an arena where individuals compete with one another under very harsh and ruthless conditions just like that described by Darwin, where only the strong survive, where the weak and powerless are crushed and eliminated.

In the other hand, Communism is a sociopolitical movement that aims for a classless and stateless society structured upon common ownership of the means of production, free access to articles of consumption, and the end of wage labour and private property in the means of production and real estate

However, Communist fanaticism has had very negative influences on the social life in countries under their regimes, forcing on people a hellish life devoid of compassion, denying the existence of God, alienating them from religion and discounting all spiritual and moral values. It has imprinted on societies a mentality that thinks of human beings as chunks of matter that will perish after death, establishing one of the most inhuman institutions in history.

The race between communism and capitalism caused two world wars. In other view, this race between two system is to destroy another system that dominating the world that time, it was Islam. The fight between communism and capitalism was fabricated. If we see through, both ideology comes from one root - Darwinism. In communist ideology, it's separated into three different doctrines; such as council communists and non-Marxist libertarian communists and anarcho-communist oppose the idea of a vanguard party and a transition stage, and advocate for the construction of full communism to begin immediately upon the abolition of capitalism.

Come back to Malaysia, why communism despited in Malaysia? My answer is one - because Malaysia now is governing by capitalist rules where UMNO-the stooges of British colonial. They put their doctrine to despite communist person and group to all of anti-colonial group, whether they are communist or not. Peoples been doctrined that communist are bloody cruel, killing and raping their ancestors and freedom fighters - UMNO called theirselves as freedom fighters.

What if communist win to gonvern this Malaya? of course those capitalist-british-and-stooges will be despited and called terrorist, and rebel against peoples freedom. This is what we called , the winners write the history, the losers write the poem. History is for the winner. This is stupid tradition.  What so great to despite communism while you embracing the capitalism? Both of communism and capitalism are bloody cruel to peoples.

For the Malaya freedom point of view, the communist actually want to dominate Malaya, while Capitalist were dominating Malaya by British colonist. This is the fight between Communist and Capitalist. Japanese is also a communist freak country, which come from different doctrine. they fight among theirselves - Japan communist, Malaya communist (PKM) and British capitalist to conquer our land!

Some of citizen teamen up with Japan, some teamed up with PKM, some becomes stooges of the British. They were making riots and bloody fight in our beloved land, and killed many of us.

After the power of communism denaturalized, Capitlist power become dominant to the world. the communism shrinked. Even Japan now is not so-communist, not so capitalist. They policy now opened. The capitalist didnt worry much about communist, which pure communist left just North Korea, Venezeula and Cuba.

The Capitalist colonies now worriying about the second rising of Islamic power. Islamic power are growing all over the world. In Malaysia, they are worriying about the growing Islamic Party - PAS!

Monday 5 September 2011

Komunis, British dan Jepun adalah sebab Melayu dan Cina bergadoh!

Tahukah lu orang semua yang British dan Parti Komunis Malaya (PKM) pernah bersatu bagi menentang Jepun? British dan PKM mengadakan latiahn bersama dengan taktik perang gerila bagi menghalau Jepun.

Orang2 cina banyak menyertai MPAJA, sayap PKM itu kerana orang2 cina sangat benci kepada jepun yg menyerang negara China. Mereka akan menangkap dan menyerang tentera jepun dan taliberok jepun dengan cara perang gerila.

Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagi Jookidam , di Tanah Melayu. Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Tentera Jepun memang anti kaum China. Dalam masa empat belas hari itu berleluasalah anggota Bintang Tiga dengan memasukki kampung-kampung untuk mencari bekas ahli-ahli Jookidam, yang kebanyakannya orang Melayu.

Kebencian Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang dikenali sebagai panggil “Penyembelihan Nanjing”. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun. Dan kebanyakan mangsanya adalah pengawal-pengawal kampung dalam bentuk Jookidam itu.

Selepas Jepun menyerah kalah, timbul konflik antara British dan PKM, kerana polisi tentera British adalah anti-komunis.

Orang2 melayu nampak cina sebagai memusuhi melayu, walhal org cina sangat geram dengan melayu yang mejadi talibarut jepun. orang melayu waktu itu menjadi tali barut jepun kerana anti-British. Apabila jepun kalah, sebahagian Orang Melayu menjadi talibarut british untuk melawan cina PKM.

Lihatlah konflik yang tidak selesai antara cina dan melayu dek akibat salah faham kerana campurtangan penjajahan british, komunis dan jepun.

Woit cina, woitt melayu, sampai bila lu orang mau gadooooh hahhha??? eh silap... woitt umnooo!! sudah2 laaa....

Adapon sebahagian melayu yang lain tidak suka dua-dua samada british mahu pon komunis kerana kedua-duanya adalah penjajah. Namun memandangkan menghalau British lebih utama, sebahagian mereka team-up dengan PKM yang serasi dengan perang gerila.

British merekrut orang melayu bagi melawan cina PKM. Sentimen Melayu ditiup bagi melawan cina PKM. Lebih-lebih lagi ramai Melayu (tali barut jepun) dibunuh PKM dan MPAJA.British mendapat talian hayat.

Melayu terpecah dua, satu menokong dan menjadi mata-mata British, satu lagi terus melawan British. Yang melawan British pula terbahagi kepada dua. Satu menyertai PKM, satu lagi berjuang melalui platform lain, antaranya Hizbul Muslimin dan KMM.

Yang menyertai PKM adalah disebabkan PKM mempuenyai kelengkapan bersenjata dan organisasi ketenteraan yang sepadan untuk melawan ketenteraan British. Mat Indera dan seangkatannya memilih jalan ini untuk menyerang British secara gerila, kerana menentang british menggunakan keris, pisau, tombak dan lembing akan menyebabkan kekalahan tentera melaka kepada tentera portugis berulang. Mereka ini bukan beriman dengan ideologi sesat komunis. mereka hanya menumpang kelengkapan bersenjata PKM, dan matlamat yg sama - menumbangkan British.

Hizbul Muslimin pula membawa fikrah gerakan Islam ikhwan muslimin mesir yang sangat digeruni oleh setiap kuasa penjajah. Ikhwan Muslimin ditubuh untuk mengembalikan kuasa empayar khilafah Islamiyyah yang jatoh dek kuasa emprialis Barat, termasok british. Walaupun Hizbul Muslimin tidak mempunyai kelengkapan seperti PKM, British amat takut kepada gerakan Islam cabang Ikhwan Muslimin itu, kerana bimbang kemunculan semula kuasa besar Islam.

Atas dasar menentang pentadbiran British, PKM, HM, dan KMM diharamkan. Semua team yang tidak sehaluan dengan British dicop sebagai penganas, penderhaka dan jahat. Dalam PKM ada cina, ada melayu, ada india, walaupon cina paling ramai. Cina ramai dalam PKM sebab cina memang anti jepun. Melayu yg ada dalam PKM adalah yang tidak suka kepada British. Melayu yang jadi mata-mata british pula anti-cina, kerana membunuh melayu (hasil propaganda british).

Team berhaluan kiri sudah sepakat untuk memerdekakan negara dua tahun selepas jepun menyerahkalah. tapi plan itu terganggu dengan kemasukan semula British. British yang mengalami kekalahan demi kekalahan di negara-negara yang dijajahnya bimbang Tanah Melayu akan merdeka di tangan pejuang tanah air, menukar strategi dengan memberi 'kemerdekaan' melalui anak tempatan yg diasuhnya. Melayu talibarut british, berfikrah British akan diangkat menjadi hero kemerdekaan.
Yang lain dari talibarut British, smuanya akan dicop pengganas, yang mesti diburu, dihalau dan dibunuh!

PKM berideologi komunis, semestinya dibanned kerana British berfikrah anti-komunis.

Hizbul Muslimin adalah berideologi Ikhwan Muslimin, turut dibaned kerana British berfikrah anti-Islam.

KMM turut diharamkan kerana KMM berideologikan perjuangan membebaskan tanah air dari penjajah British.



Sekian,

ini nombor mat indera:
012-4945735  (tipu jew)