Thursday 28 February 2013

Amaran kepada pimpinan, ahli dan penyokong PAS Kedah


Seminggu sahaja wa pulang dari Ankara, team wa menyelinap pergerakan politik di negeri Kedah. Seperti biasa, tugas wa dan beberapa orang lagi survey pergerakan PAS secara dalaman dan luaran, manakala yang lain menyusup masuk ke dalam PKR, DAP, UMNO, MCA dan GERAKAN. Tugas kami mengumpul maklumat dan menyusun tindakan seterusnya dalam fasa akhir sebelum pembubaran parlimen. Itu saja yang wa boleh sebut. Yang lain rahsia kami. Lu orang sedar atau tak team kami masuk lu punya parti politik, lu orang punya pasal. Kah kah kah.

Wa mahu cerita mengenai Situasi PAS Kedah hari ini. Pergi mampos lah kalau lu orang nak marah dengan wa. Tapi ini yang berlaku dalam seminggu team wa beroperasi.

Seminggu kami beroperasi, beberapa meeting PAS kawasan, PAS cawangan, MTD, kami masuk. kawasan mana, cawangan mana adalah rahsia. Sape suruh bangang sangat, ade bilik gerakan, tak ade tag pas masuk. kah kah kah. semua orang boleh masuk keluar mudah-mudah. tak semua.

Fokus kepada cerita...
Untok pengetahuan lu orang, PAS kedah bergolak dalaman, samada lu nafi atau tidak. Lu nak cover line, itu lu punya pasal, lu memang perlu cover line. Tapi wa nak kasi peringatan kepada lu, amalan lu hari ini akan tumbangkan PAS kedah secara keseluruhan.

Amalan lu orang hampir sama dengan amalan PAS terengganu penggal 1999-2004 sebeluom jatoh. Hampir sama. Kalau PAS terengganu bangang, lu PAS kedah pulak bengong. Jangan marah aaaa... baca sampai habes, cermin diri dulu.

Ego bengong beberapa pimpinan peringkat kawasan atau upu membuatkan ramai budak-budak muda lari dari PAS. Cengei tak bertempat, berlagak macam bagus, orang tu salah orang ni salah, lu sekor je betol, salah guna kuasa MKK, semuaaa tu buat orang muda menyampah derr. sampai ada pemuda yang dulu nye PAS, kini dah jadi jentera UMNO, komplen beb.

"apa yg dok cengei tak berpunca... orang PAS apa macam tu". Dia komplen beberapa orang pimpinan pas cawangan. bagi wa, orang macam pemuda tu pandang tinggi pemimpin pas peringkat cawangan tu, tapi dia rasa penghormatan dia meleset. Orang jenis macam ni, jangan lah lu harap boleh paham lu punya tarbiyah amal jamaei, wala' dan semua-semua tu.

Lu nak masok pilihanraya, demokrasi. Sudah tentu lah bilangan pengundi yang ramai mengundi lu yang lu mahukan. Kalau  nak harapkan ahli lu mengundi lu, sampai mampos lu jadi pembangkang di kedah. Sikap lu sejak akhir-akhir ni membuatkan ramai pengundi jauh dari lu. Lu ingat semua penyokong lu akan wala' sama lu? woittt... penyokong bukan ahli derr.... kalau ahli sekalipon, buakn semua ikot tarbiyah dan tamrin lu. Yang ikot tamrin lu pon boleh blah dari PAS.

Sikap lu orang banyak berubah selepas menang. Ramai yang berjinak2 dengan PAS sewaktu 2008 dulu, hari ni banyak dah blah. Banyak geng2 yang ada pengaruh, yang atas pagar mula berada dalam keadaan wuquf, tunggu dan lihat.

Lu baca harakah, baca berita geng lu, lu rasa macam kuat. Lu rasa UMNO macam dah nak mampos. Tapi apa yang team wa survey, kecelaruan UMNO kedah semakin pulih. diorang fakus untok menang. Lu orang canang ada banyak team UMNO bercakaran di kedah. Ya, memang ada cakar mencakar. Tapi diorang dah mula bertolak ansor. lu dedah mcm2 penyelewengan UMNO, UMNO tau diorang tak boleh lawan isu. Diorang gerak akar umbi beb.

UMNO dah tarik anak2 muda dengan duit. memang trademark UMNO, duitt! Lu orang modal apa? kebajikan? puihh... lu orang cegei ade laaa. berlagak macam lah dah menang besar. Tak ada sifat rendah diri dan mahu menyantuni masyarakat secara ikhlas. Mau jadi ketua penerangan tapi cengei nak mati, apa yang lu boleh kasi penerangan kalau semua orang lari?

Paling bengong sekali ialah sikap salah menyalah sesama sendiri, saling perleceh geng sendiri. Memang ada chance nak kalah. Sana nak boikot, sini nak merajuk, sini cengei, sana tak wala... apa bala semua ni?

Sekarang ni dah waktu kecederaan laa mangkok. Waktu kecederaan, bola dah ada pada lu orang, dah nak score goal, tapi lu asyik cantas kaki geng sendiri. tak nak kasi geng score. lu nak score sorang2 lu ke? woiitt... waktu kecederaan pon lu bleh terajang geng sendiri kaa? bila nak gol??

Sepatotnya waktu dekat pilihanraya, semua fokus nak tumbangkan UMNO rapat ke tanah. Biar sumbat gol. Bila menang , lu terajang laa geng lu sampai mampos pun. Sekarang masa untok fokus kemenangan, bukan cantas kawan. Yang ni pon nak kene ajar ke? Kata parti Islam. mana amal jamaei lu? kalau kawan ada lemah, lu baiki lah, bukan terajang dia. Lu tak puas ati, lepas menang baru ambil pot. Baru belasah dia. sekarang ni bukan masanya.

Wa takmo taip lagi dah...dah panjang sangat.
Wa harap lu orang baiki. sekarang ni bola masih di kaki lu. lu perlu score. jangan cantas kawan yg nak score goal. UMNO sedang bina defense. Lu kantoi masa kecederaan ni, wa yakin counter attack UMNO akan musnahkan harapan lu. Jangan jadi bengong.

Wa tarik balik sumpahan wa ke atas lu. Lu orang tidak bengong, sehinggalah lu masih kekalkan sikap bengong ini. PKR kedah wa belum dapat maklumat penuh. setakat ni takde cerita bangang lagi mengenai PKR kedah secara dalaman. masalah PKR dengan DAP setakat ni masih sama levelnya dengan masalah perebutan mat bashah dengan mukhriz. kah kah kah

team wa akan ada 1 week lagi dalam negeri lu orang, lepas ni we all akan terjah penang.

Sekian pencerahan dari wa!