Sunday 29 May 2011

i like to share whazzup in my mind

Hello friends... here i post screenshots of my facebook activities. nothing important but like i was killing my times... kah kah kah. i arkadaş olmak istiyorum. bu nedenle ben çok düşmanı var. demo watashi no teki no teki wa watashi no youjindesu...kah kah kah take a look.









ada komen? any comment? nin'i no komento? herhangi bir yorum? kah kah kah

Thursday 26 May 2011

Prinsip Adil menghubungkan PAS-PKR-DAP

For my non-Malaysian friends, this entry is about politic in Malaysia. I am using bahasa (Malay languange).

1) Perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dilihat oleh kebanyakan masyarakat dalam negara Malaysia sebagai parti politik, yang berentiti politik walaupun pimpinan PAS cuba mengimbangkan persepsi ini dengan usaha memperkenalkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bergerak atas dakwah, tarbiyah dan politik.

2) Barisan Nasional (BN) terutamanya Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) berhempas pulas melabel pas sebagai sebuah parti politik yang memperalat agama Islam untuk meraih laba politik san sokongan pengundi yang beragama Islam, berbangsa Melayu terutamanya.

3) Secara amnya, PAS dan UMNO dilihat dua kuasa politik Melayu yang bertembung secara ideologi, yang memerlukan sokongan orang-orang Melayu Islam bagi meneruskan survival politik masing-masing. Survival politik UMNO turut bergantung kepada kerjasama dengan beberapa parti bukan Melayu terutama parti Cina MCA dan parti India MIC. Kedua-dua parti ini menjadi rakan kongsi UMNO untuk terus berkuasa dalam negara.

4) Era yang berubah menyebabkan PAS juga perlu kepada transformasi. PAS yang bercita-cita mahu mendaulatkan Islam dalam negara tidak boleh berjuang bersendirian untuk mencapai tujuan murni itu. PAS perlu berpakat dengan parti lain yang memiliki agenda yang sama. Namun tiada satu parti pun dalam bumi Malaysia ini yang mempunyai dasar perjuangan seperti PAS. Parti paling Melayu yakni UMNO yang majoriti ahlinya beragama Islam, turut serta dalam golongan yang tidak mahu bersama dengan matlamat perjuangan Islam PAS. parti separa Melayu, yakni Parti keadilan Rakyat (PKR) juga tidak meletakkan agenda Islam sebagai matlamat perjuangan. Maka siapa lagi yang boleh bersama PAS untuk itu?

5) Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS perlu dinamik. PAS bukan parti batu kayu. Perjuangan PAS adalah bermatlamat Islam. Dalam dunia yang terhidang dengan pelbagai bencana akhlak dan kemanusiaan ini, terutama dalam negara, PAS perlu mengepalai agenda perubahan. Kuasa pemerintahan mesti dilucutkan daripada Melayu Islam (UMNO) yang khianat kepada amanah pemerintahan yang Allah berikan. Tidak dapat tidak PAS mesti berpakat dengan parti lain.

6) PAS wajib berpakat dengan golongan/parti lain atas prinsip taqwa. Yakni parti-parti yang mahu berpakat dengan PAS mesti bersetuju dengan dasar al-quran dan as-Sunnah yang di bawa PAS. Prinsip taqwa akan menjamin keutuhan pakatan yang bersama PAS. Namun parti mana yang mahu mengikat persefahaman dengan PAS atas prinsip taqwa? Sedangkan UMNO dan PKR pun tidak pandang prinsip taqwa, mahukan MCA,MIC, DAP atau lain-lain parti mahu?


7) Gerakan Islam adalah dinamik, tidak rigid , tidak jumud, dan tidak bodoh. Pimpinan PAS yang dipimpin ulamak yang profesional dan profesional yang alim membolehkan PAS terus bermandiri dalam situasi ini. PAS tidak bertindak atas populariti individu. Keputusan PAS adalah keputusan kolektif dan syura. ijtihad para ulamak mengharuskan (mungkin mewajibkan) kerjasama dengan parti lain atas prinsip keadilan. Jika prinsip taqwa tidak mampu untuk mengikat persefahaman dengan parti-parti lain buat masa ini, prinsip adil mesti diguna pakai. Allah sendiri menegaskan pentingnya prinsip adil, kerana adil itu hampir kepada taqwa.

8) Prinsip Adil dikongsi bersama dengan PKR dan DAP. DAP dan PKR dapat menerima prinsip adil yang diperjuangkan PAS. Persamaan ini menjadi titik pertemuan dan persefahaman ketiga-tiga parti yang sangat berbeza dasar dan ideologi politik. Prinsip adil bertujuan melucutkan kekuasaan rangkaian kezaliman UMNO-MCA-MIC. UMNO melabel kan PAS sebagai parti ekstrimis Islam bagi menakutkan bangsa Cina, DAP sebagai parti chauvinis Cina bagi menakutkan Melayu dan PKR sebagai Islam liberal bagi membimbangkan golongan pro-Islam.

9) Dengan wujudnya Pakatan Rakyat (PR) yang semakin mengukuh, UMNO/BN menjadi bimbang. UMNO melancarkan perang saraf bagi memecahbelahkan pakatan. Label PAS kuda tunggangan DAP sentiasa kedengaran. Usaha demi usaha supaya PAS meninggalkan PR dijalankan satu demi satu. Menghasut pimpinan supaya bersatu dengan UMNO demi menyelamatkan kuasa politik Melayu, memfitnah dan memburukkan imej DS Anwar Ibrahim dengan harapan PAS 'geli dan mual' untuk berpakat dengan ketua umum PKR itu, menawarkan jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan jika PAS bersama dengan BN dan sebagainya, samada secara terang-terang atau secara diam-diam.

10) Perlu ditegaskan, PAS tidak bodoh. Pimpinan PAS tidak bodoh. PAS tidak degil, PAS akan berusaha untuk terus beristiqamah dengan jalan yang telah disepakati secara kolektif. Kerjasama PAS dalam PR bukan sahaja hasil syura dalaman PAS, malah turut mendapat mandat dari gerakan Islam antarabangsa yang ada di dalamnya syeikh-syeikh besar gerakan Islam termasuk Dr Yusuf Qaradhawi. PAS adalah cabang gerakan Islam dunia yang berpangkalan di Malaysia. Segala aktiviti PAS dipantau oleh ulamak dunia.

11) Jika UMNO masih memandang serong kepada PAS yang bekerjasama dengan DAP kerana DAP itu Cina (kenapa tidak mahu kerjasama dengan UMNO yang sama-sama Melayu?), kenapa UMNO masih berkawan dengan MCA? Tinggalkan MCA dan mari bersama PAS. Jika mereka bimbang DAP akan menjadi 'naik tocang' jika menang pilihanraya, apakah MCA dan GERAKAN tidak 'naik tocang' jika mereka menang? Jika orang-orang UMNO marah kerana Pulau Pinang diperintah Cina DAP, dulu mereka boleh pula bersenang hati diperintah Cina GERAKAN?

12) Sekarang adalah abad ke 21. Rakyat sudah cerdik. Rakyat sudah buka mata. Samada melayu, Cina India...hatta orang asli sekalipun sudah mula terbuka kepada dunia maklumat. Lambat laun pemimpin yang masih bermentaliti abad ke-20 akan ditunjal oleh rakyat. Rakyat bermaklumat umpama bom jangka kepada kerajaan yang kolot dan mengekalkan kebobrokan dalam pemerintahan.