Friday 21 December 2012

Gelora dalam UMNO Kedah, tapi api dah menyala dalam sekam PAS Kedah


Tiga bulan wa buat research sikit pasal politik Kedah. Wa turun dari parlimen ke parlimen. Cari maklumat secara rambang. Wa sembang dgn ramai orang, tak kira dari UMNO atau PAS. Wa dapat masok meeting UMNO bahagian Pendang dan sembang2 dengan ramai orang UMNO di peringkat cawangan dan jkkk, dan usrah-usrah PAS di sekitar PAS Jerai dan PAS Pokok Sena...nak masok meeting PAS wa tak berani derr... takot kantoi...wa bukan reti sangat nak masok dgn spesis org2 warak ...kah kah kah hasilnya wa dapat simpolkan, PAS Kedah tidak mudah untok pertahan Kedah.

Tahukah lu orang, di Kedah ada 4 Group UMNO Kedah vs 3 Group PAS Kedah.

3 Group UMNO Kedah sedang bercakaran.

Group apa tu derr?

Dalam UMNO Kedah, ada 4 kepala UMNO yang duk melobi sakan untuk jawatan MB Kedah konon-kononnya jika PAS Kedah tumbang.

Group Satu: Team Mat Bashah (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah)

Team malaon ni memang agak kuat, memandangkan Mat Bashah ni pegang jawatan tertinggi dalam UMNO Kedah. Lu boleh bayang sendiri laa... setiap kali Najib ka, Muhyidin Ka muncul kat Kedah, muka Mat Bashah mesti bertempek sekali.... kah kah kah

Group Dua: Team Mukhriz (anak Tun Madey)

Team ni kuat juga. Banner-banner dan billboard di Kedah penuh dengan muka malaon ni, bersaing dgn Mat Bashah. Hebat tu takda laa... jawatan pon koman je dalam UMNO Kedah...tapi tumpang populariti bapak..nak wat camnaa...kah kah kah

Group Tiga: Team Mahadzir Khalid (bekas MB Kedah)

Kelibat malaon ni agak kurang menonjol lepas UMNO gagal pertahan Kedah dalam PRU 2008. Tapi niat di hati, mau kembali berkuasa. Ada team? Adaa... mesti ada. Dia la ni ketua Pembangkang DUN Kedah... koman-koman dia pon, kira masih boleh buat Mat Bashah tak toghah dudok.

Group Empat: Calon Payong Terjun - Jamil Khir

Mamat ni pulak, tiba2 muncol dalam politik Kedah. Najib mcm nak sangat Jamil Khir jadi MB Kedah. Mau lawan Ostad Azizan dari PAS yang ada imej ostad. najib tau... tiga ekor calon-calon MB di atas, memang tak boleh lawan kredibiliti ostaad azizan. Jamil ada imej agama, pandai ceramah.. kiranya Jamil Khir ni mmg buat tiga ekor yg di atas tu tak senang dudok laa... kah kah kah

Ok...itu empat group dalam UMNO, bercakaran dalam senyap. Tapi bila berdepan dengan PAS, diorang akan lawan PAS. Diorang dah tekad untok sama-sama kalahkan PAS walaupon dalam hati masing2 harapkan saingan mereka tewas walaupon BN Kedah menang.

Baik... wa bawa pula cerita 3 group dalaman PAS yang buat PAS Kedah bergolak.

Team satu: Team Ostad Azizan (MB Kedah)

Team ni memang ramai. Terdiri daripada ahli dan rakyat bawahan, kekampongan, tidak berjawatan tinggi dalam parti dan sebagainya. Tok-tok guru pondok banyak sokong. Itu kekuatannya. Kehebatan Ostad Azizan bertikam lidah dengan lawan, memang dikagumi orang bawahan. Ramai yang sangat yakin dengn kehebatan Ostad Azizan mematahkan hujah musuh. Diorang akan terus menjulang Ostad Azizan sebagai MB Kedah. UMNO pon tak berani bawak isu koman-koman untok pukul orang tua ni...

Team dua: Team tak suka Ostad Azizan

Team ni masih sokong PAS. Diorang ni akan lawan UMNO sama seperti Team Ostad Azizan. Lawan sehabis-habisnya. cuma yang diorang ni tak suka hanyalah Ostad Azizan. Kalau boleh diorang ni nak orang lain terajui PAS Kedah. Lu orang boleh agak sape yng ada dalam team ni, berdasarkan isu pergolakan PAS Kedah tempohari. Diorang ni ramai dari kalangan orang2 berjawatan dalam PAS Kedah. Tak suka cara Ostad Azizan yang cegei dan garang terhadap diorang, tapi berlembut dgn orang UMNO. Itu je... bab nak bagi undi kepada UMNO, sorry lah...

Team tiga: Team anti-Ostad Azizan
Ini Team celaka dalam PAS. Geng ni sangat membenci Ostad Azizan, mau jatohkan Ostad Azizan dan pada masa sama mau kasi kerajaan PAS Kedah tumbang. Geng ni memang semua orang dah tau, geng Cikgu Aji, Najib Pahmi dan Lah 46. Dendam kesumat diorang ni terhadap Ostad Azizan memang sangat kuat. Pusatnya adalah di Pondok PakYa, kedah. Sumber wa mendapati, dendam kesumat diorang berpunca daripada dimarahi oleh Ostad Azizan, kerana tidak mahu approve claim yang diorang mintak. Ostad Azizan selaku MB baru, sangat tak setuju laa claim kepala bana apa melampau sangat. Ingat bila PAS menang, orang PAS boleh baham duit kerajaan negeri kaaa?? itu yang diorang tak puas hati, sampai semua isu di kedah, diorang ni lebih terok dari UMNO dok hentam Ostad Azizan.



Kemuncaknya, diorang dah pon jemput Muhyidin masok pondok pakya. Wa yakin kalau Tok Guru Pak Ya, bapak kpd cikgu Aji dan Najib Pahmi masih idop, dah lama Pakya terajang diorang. Zaman Pak Ya dulu, Tun Ghapar Baba mintak nak masok pondok pakya, Pak ya tak bagi. Pondok Pak Ya boleh dikatakan kubu kuat PAS Kedah. Mai kat anak-anak...camharam...dendam punya pasal, sanggop bersekongkol dgn musuh politik bapak diorang sendiri untuk kalahkan parti yang di dokong bapak diorang sendiri. kah kah kah... sekarang ni guna mamat penulis buku bekas ahli pas, CN al-afgani Cikgu Non pulak untok bantai PAS...


OK... lu dah dapat gambaran group-group dalam UMNO dan PAS Kedah. agak-agak team mana yang untong? 4 dalam UMNO ... 3-1 dalam PAS....


woiii orang PAS Kedah... buat kerja, pastikan kemenangan laa.. tak payah dok berkelahi sesama sendiri. bab Team anti-ostad azizan tu, lu orang terajang je. tak payah ambil pot. anggap je diorang tu dah UMNO...kah kah kah

next time, wa nak buang masa buat homework untok Pahang dan Terengganu...kah kah kah lu tak perlu tau apa...tp tengok hasilnya nanti...kah kah kah lu tentu mau tgk mat said buat najib tambah pening...kah kah kah

Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment