Wednesday 19 December 2012

Kebodohan Memahami Amanat Haji Hadi

Isu AMANAT HAJI HADI muncol lagi... skrip biasa setiap kali pilihanraya semakin hampir. Harakah daily sudah beri amaran bahwa itu adalah petanda besar PRU13 semakin hampir. Gila baban... PRU13 mcm nak kiamat pulak..ada tanda besar beb... mangkok punya najib...kah kah kah

AMANAT HAJI HADI...satu ucapan biasa, penceramah pas waktu itu memang mcm tu pon...tp, ucapan HAJI HADI dikambing hitamkan, dinaik taraf oleh UMNO dan MEDIA celaka...sebagai AMANAT. bodo atau tidak?..

Skrip sama, siar AMANAT itu, kemudian temuramah dua tiga ekor agamawan umnonivor (spesis baru yg ditemui: pemakan rasuah) dan mufti2 sengal agar membantai HAJI HADI.

kambing laga yg diguna untuk serangan AMANAT HAJI HADI ini adalah mufti dan saekor ulamak muda UMNO... slogan kambing-kambing laga ini mudah...iaitu TARIK BALIK amanat haji hadi.

Bodo piang... orang suruh muzakarah atau debat dgn HAJI HADI isu amanat tu, tak nak... takot ke hape? mcm kambing takot air...kah kah kah dalam kandang, lu berani laa mengembek...

baiklah....mari kita tengok petikan ucapan yg wa songlap dari wikipedia:

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


wa mulakan explaination dgn KAH KAH KAH... ( giler bidaah ape yg wa buat...kah kah kah)

Beriya-iya malaon UMNO paham kata Haji Hadi KAFIRKAN orang UMNO melalui amanat ini... kah kah kah malaon bodoh sengal mmg mcm tu... dah laa bodoh, mudah terasa pulak...kah kah kah.

Jika lu mau paham maksud amanat tu, sila dengar ucapan keseluruhan haji hadi, bukan main hafal dua perenggan saja. kalo lu main baca dua perenggan saja, UPSR pon lu akan fail.... ingat, tips utama untok faham, sila dengar atau baca teks keseluruhan ucapan....wakarimashita??

Jika lu malas juga nak cari teks penuh ucapan , biar wa explain sikit. Lu lihat perenggan pertama keratan amanat yg selalu UMNO putar setiap kali pilihanraya.

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Dalam perenggan ini, ada cerita mengenai UMNO jadi kapir? lu guna laa ilmu UPSR lu dulu-dulu.... kah kah kah mana tau takot2, PMR or SPM lu kantoi... entah2 UPSR pon kantoi jugak...

1) Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Nabi Musa disuruh melawan Firaun, bukan kerana nama dia Firaun.

Firman Allah dalam surah Thoha: "pergilah engkau (wahai Musa) kepada Firaun, sesungguhnya dia sudah melampau" 

Pemerintah Mesir zaman dahulu dipanggil firaun. zaman sekarang dipanggil presiden. Jawatan firaun sudah dipegang oleh beberapa orang. Ada banyak firaun. Dalam banyak-banyak firaun, hanya satu firaun itu saja disuruh oleh Allah akan nabi Musa melawannya. Karena firaun pada zaman Nabi Musa itu sudah melampau. Sudah sangat zalim. Sudah sangat dahsyat projek pembodohan umatnya yg dilakukan oleh firaun itu. Jika nabi Musa disuruh melawan firaun kerana nama nya firaun, sudah tentu lepas tenggelamnya firaun itu dalam laut merah, nabi musa akan ada kerja baru, iaitu melawan firaun selepas itu pula, sekalipun firaun selepas itu tidak lah menzalimi orang. Ini bukan kerja Nabi Musa. Kerja Nabi Musa adalah melawan kemelampauan firaun. Menentang kezaliman firaun.

Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama dia BN. Lu ada akai, sila paham. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Kalau UMNO dan BN TIDAK mengekalkan perlembagaan penjajah, kita tak perlu lawan UMNO. Jika UMNO atau BN tidak mengekalkan undang-undang kafir, kita TAK PERLU lawan UMNO.

Kalau UMNO tidak buat semua itu, kita TIADA SEBAB untok lawan UMNO. Kita akan sokong UMNO, sebab kita bukan lawan benda yg namanya UMNO. kita lawan mangkok yg mengekalkan perlembagaan penjajah, perlembagaan kafir, mengekalkan peraturan JAHILIYAH.... kebetulan mangkok itu namanya UMNO. kalau PAS itu parti mangkok yg mengekalkan peraturan jahiliyah, kita akan lawan PAS.

Jadi kat mana pula yg kata UMNO tu kapir? kah kah kah sengal... sekali dgn MUFTI pon sengal... MUFTI lulus UPSR ke tak? kah kah kah

2) Perenggan kedua amanat:

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

 Ini perenggan kedua amanat yg menakotkan malaon2 UMNO.

Haji Hadi menyeru ahli PAS supaya berjihad. Perjuangan kita adalah JIHAD. kalau bukan jihad, buat apa nak susah payah berjuang. Perjuangan menegakkan hukum Islam, confirm laa jihad. Lu generasi bebal yang tak pernah belajar Fiqh Jihad. mana lu tau jihad tu kepala bana apa. Yang lu tau, jihad itu adalah membunuh orang kapir..kah kah kah memang sengal...

Apabila perjuangan kita jihad, maka setiap aktiviti yang berkiblatkan perjuangan yang benar adalah jihad. termasuklah derma, ucapan, pertolongan, percetakan, facebooking, blogging yang menggerakkan perjuangan Islam, tentunya jihad. Kalau mati kerana berjuang agama Allah ini, pastinya syahid. Itu bukan janji PAS. itu janji Allah. kalo lu tak puas ati, lu komplen laa dgn Allah. kah kah kah

Kalau kita mati MELAWAN PUAK-PUAK ini... mati kita mati SYAHID.... maybe inilah part yang buat telor malaon2 UMNO kecut, sebak didada... luka di hati.... kah kah kah. terasa bagaikan Haji Hadi tujukan kepada mereka...kah kah kah

PUAK-PUAK ini... bukan dituju kepada UMNO laa badigollll oiiii.... "puak-puak ini" adalah dituju kepada puak-puak yang mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kapir, membuat peraturan jahiliyah.... yang lu UMNO terasa pehalll? kah kah kah lu ade makan cili ke?

Wa sudah sebot dalam expelaination perenggan pertama amanat. kita bukan lawan benda yg bernama UMNO. So, ucapan Haji Hadi bukanlah ditujukan kepada benda yang namanya UMNO. Tetapi khas buat mangkok yang mengekalkan peraturan penjajah, mengekalkan undang2 kapir, mengekalkan peraturan jahiliyah. ...

Jadi tak ada satu statement pon yang kata UMNO dah jadi KAPIR...kah kah kah. Kalau UMNO tak buat kerja mengekalkan peraturan jahiliyah, maka UMNO tidak terkena langsung dengan ucapan Haji Hadi itu. Kebetulannya, UMNO adalah mangkok yang buat kerja celaka mcm tu... apa nak buat.

Kalau ucapan Haji Hadi itu bersifat menyerang atas nama UMNO, sudah tentu tiada istilah muzakarah, muqabalah atau unity dengan UMNO. Apa perlu PAS bermuzakarah dengan UMNO jika label UMNO itu sudah nyata KAPIR? sudah tentu tidak. PAS tidak KAPIRKAN label yang bernama UMNO. PAS sedia bermuzakarah dengan UMNO kerana PAS percaya UMNO boleh diterima dan dibuat kawan jika sifat melampaunya, sifat mengekalkan undang2 penjajahnya itu dibuang, melalui muzakarah atau mugaqabalah atau unity nya dengan UMNO. Muazakarah atau Muqabalah mungkin boleh mengubah UMNO menjadi baik walaupon percentnya amat rendah.

Jadi tidak timbol PAS menuduh UMNO kapir. PAS hanya menyatakan kerja yang dibuat itu menyamai kerja orang kapir. Lu UMNO makan cili sape suroh? terasa laaa pedasnya. kah kah kah lu yang buat kerja celaka, memang padan laa lu terasa.

Kalau lu seorang yang bijak dab profesional, dituduh sebagai lembu sekalipun tentu lu rileks, sebab lu tahu itu provokasi yang takda kene mengena dengan lu. Cuba jika lu bodoh sengal, ada tandok pulak sikit... orang tuduh lu lembu, memang laa lu marah...terasa bebbb.... kah kah kah sama laaaa mcm UMNO...kah kah kah

UMNO dan LEMBU tidak tumpah seperti ikan keli dan ikan sembilang... rupanya sama, bezanya keli ikan air tawar, sembilang ikan air masin. UMNO dan Lembu sama bebalnya, bezanya cuma UMNO bersidang di PWTC, Lembu dalam kandang NFC..kah kah kah


Satu lagi wa nak kasi tau, menyerang atau mengkapirkan UMNO tidak salah pon. Tidak salah kalau sapa-sapa kata parti UMNO kapir. Cuma YANG SALAH nya adalah mengatakan orang UMNO kapir... kita dilarang pin point kapir to orang/individu UMNO. Adapun parti UMNO apa masalah? orang Islam ada dalam parti kapir sangat banyak. orang Islam dalam DAP, adakah orang Islam itu dah jadi kapir? Parti demokrat kapir...adakah orang Islam dalam parti kapir itu turut menjadi kapir? faham tak ahlul UMNO dungu sekalian?

Sekian saja pencerahan dari wa... abaikan bahasa wa yang tak sedap didengar atau dibaca. kalau lu rajin, olah laa balik untok jadi bahasa yang merdu, sepoi-sepoi bahasa lu...kah kah kah


wa akhiri tulisan wa dengan... KAH KAH KAH... ( ini bidaah apa pula?)

No comments:

Post a Comment